JellyPages.com

Selasa, 18 November 2014

JALAN-JALAN LANGKAWI

Dah lama tak bersiaran, sekarang dah nak masuk musim tengkujuh, maknanya dah bulan November. Masa awal bulan November tempohari, kami sekeluarga bercuti selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Ini kali ke 3 kami ke sana tetap kali nie menunaikan impian anak-anak untuk menaiki kapal terbang. Nak merasai pengalaman berada di awan biru. 

Kami berlepas dari KLIA pada pukul 1 tghari. Anak-anak memang teruja sangat (padahal mamanya pun sama jugak). Penerbangan mengambil masa dalam 45 minit kalau tak silap. Percutian kali nie memang kami nak pergi ke tempat yang kami x pernah pergi lagi sebelum ini. Hari pertama, kami   shopping coklat aje. Coklat kegemaran anak2 mestilah Kinder Bueno, Harsley Kissses dan M&m. Kami beli Tolberine dan Papero untuk bagi saudara mara. Jiran- jiran pula kirim belikan Daim.

Hari ke-2 kami menuju ke Wildlife Park. Bayaran masuk untuk dewasa rm15 dan untuk kanak-kanak rm10 seorang. Kat sini haiwan seperti burung bebas terbang, jadi kite boleh pegang dan bagi makan burung-burung nie. Biar gambar berbicara ye. Anak-anak memang suka sangat, terjerit2 bila burung datang. Banyak haiwan kat sini, korang datang tau! Lagi satu nak pesan, dalam nie ada kedai jual batu permata seperti Zamrud, Nilam, apa lagi ye ( batu biru, purple, merah,hijau dan kuning. Saya tak mahir nama-nama batu ni) . Barangan permata tu di buat cincin,  gelang dan rantai, memang cantik sangat. Oleh itu sediakan duit yang agak banyak bila nak datang sini, nanti sedih bila dah keluar nanti sebab tak dapat beli.

Hari ke-3 kami ke Underwater World untuk tengok hidupan laut. Ini merupakan kali ke-2 bagi kami tetapi kali pertama bagi Irfan, anak ke-3 kami. Kat sini pun saya tak nak cite banyak, sebab semuanya pasal ikan, penguin, singa laut dan macam-macamlah. Tengok gambar je la..

Petang sebelum ke airport, kami sempat ke Idaman Suri untuk beli set Tefal dan tuala mandi 8 helai (kat Idaman Suri tuala murah-murah, yang penting besar dan serap air). Kami tak beli set pinggan Corelle sebab kunjungan kami ke Langkawi sebelum nie kami dah borong pinggan mangkuk. Jenuh angkut naik feri, tak sanggup dah rasanya nak buat lagi. Tapi kalau nak beli set Tefal yang latest, korang gi kat kedai namanya RAMS tau( kedai nie berdekatan dengan bangunan kedai Haji Ismail Group yang baru...banyak pilihan dan harga lagi murah dari Idaman Suri).

Setakat ini je la cite percutian kami. Sampai jumpa lagi untuk next percutian.















Jumaat, 8 Ogos 2014

Mihun sup

Nak kongsi resepi mihun sup plak hari nie...Semua resepi yg saya publish, senang dan cepat dimasak. Almaklumlah, terkejar-kejar nak masak bila ada anak kecik nie.. Jom tengok bahan-bahan yang perlu disediakan...

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun (dicelur dan ditoskan)
Isi ayam* (dipotong kecil)
Bebola ikan (terpulang la nak letak ke tak nak)
Kobis*
Lobak merah*
1 sudu makan serbuk lada hitam
Kiub ayam 1 kiub
Air*
Minyak masak
Daun bawang dan daun sup*
Bawang goreng*
Garam

Semua bahan yang bertanda * ikutla nak letak sesuka hati ye.tang masak nie jangan sukat-sukat sangat,anti tak sedap. Kita main campak-campak je.

Bahan untuk ditumis:
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan lobak merah dan kacau rata.
3. Masukkan kubis, air,garam, kiub ayam dan lada hitam. Biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Taburkan bawang goreng.
5. Sedia untuk dimakan bersama kuah kicap.. (Utk kuah kicap: Tumbuk seulas bawang putih bersama dengan 7 biji cili api. Campurkan sedikit air,gula dan kicap. Kacau sebati)

Khamis, 31 Julai 2014

Cherating Turtle Sanctuary

Selamat Hari Raya semua. Agak lama juga blog saya nie berhabuk. Tak sempat nak update cerita-cerita terbaru untuk dikongsi bersama anda. Takpela, hari nie saya kongsi cerita yang dah 5-6 bulan lepas. Belek-belek gambar dalam iPad nie, terpandang gambar penyu. Jadinya, jom kita gi tgk penyu kat Cherating Turtle Sanctuary.

Untuk pergi ke Cherating Turtle Sanctuary, senang sangat. Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur mesti pernah pergi ke Cherating untuk berpicnic dengan keluargakan? So tempat nie bersebelahan je dengan Club Med Cherating.

Masuk ke Turtle Sanctuary adalah percuma. Tapi kat kaunter masuk tu ada tabung bagi sesiapa yang nak menyumbang untuk pemeliharaan/ pembangunan tempat tersebut.
Waktu operasi pula adalah seperti di bawah:
Selasa- Ahad (9 pagi-1 tghari)
                      (2 ptg-5.30 ptg)
Isnin- tutup

Bagi yang ada anak-anak kecil atau yang bersekolah rendah, Cherating Turtle Sanctuary adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Banyak benda baru dan info-info yang akan mereka perolehi sepanjang berada disini. Barula mereka dapat membezakan antara kura-kura dan penyu, tak gitu?

Meh tengok beberapa keping gambar semasa kunjungan kami ke sini. Best tau! Cuti sekolah bulan September nanti, bolehlah rancang percutian keluarga anda ke Pahang..











Ahad, 13 April 2014

Biskut Batik

Atas permintaan anak-anak di hari minggu, maka dengan senang hatinya saya buat Biskut Batik untuk mereka minum petang. Untuk makluman kawan-kawan semua,senang sangat buat biskut nie. Rasanya dalam 15 minit dah siap. Ok, mari kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
Biskut marie 1 bungkus (perasa original)
3/4 susu pekat manis
3/4 mentega
3/4 milo (peket kecil)

Cara-cara:
Campurkan susu,mentega dan milo. Panaskan dengan menggunakan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah larut dan sebati, tutup api dan masukkan biskut marie yang sudah dipatah-patahkan. Gaul rata agar campuran melitupi biskut. Masukkan campuran ke dalam loyang dan tekankan supaya padat. Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti.. Nanti dah keras, boleh keluarkan dan potong. Terliur tak tengok gambar nie, cuba buat ye kawan-kawan ku sayang.


Jumaat, 14 Mac 2014

Penawar batuk bagi bayi

Sekarang nie musim demam,selsema dan batuk rasanya..Kat kindergarten anak saya,ramai sangat yang demam. Jadinya, Iffah pun berjangkit la sekali. Bila balik rumah, gi pulak cium baby Irfan. Dan sekarang, Irfan yang comel nie dah kene demam,selsema dan batuk,sekaligus 3. Bila baby batuk, mestilah mamanya risau. Kalau kakak iffah bolehla makan ubat batuk sebab dah besar, nie baby mana boleh. Kesiannyala tgk Irfan batuk,sampai merah- merah muka. So, apa lagi...mamanya pun Google apa cara nak hilangkan batuk.. Jumpa kaedah yang paling senang,iaitu guna bawang putih.

Macam nie cara nak buatnya. Ambil 3 ulas bawang putih,bakar bersama dengan kulitnya. Kemudian, hancurkan bawang putih tadi dengan sedikit minyak masak. Bolehla disapu di dada dan di tapak kaki baby. Alhamdulilah setelah cuba petua nie, batuk Irfan memang berkurangan. Kahak akan keluar melalui muntah..Sangat-sangat berkesan sebab tu saya kongsikan petua nie di sini. Harap kawan- kawan dapat cuba..


                                Bawang putih yang telah dibakar dengan kulit-kulitnya sekali



Bawang putih yang dihancurkan bersama sedikit minyak masak


Kidszania

Kidszania merupakan destinasi seterusnya untuk cuti-cuti Malaysia 2013. Ikutkan dah lama nampak kidszania nie sebab sebelah IKEA je. Pastu iklan kat tv menjadi-jadi pasal kidszania nie..Anak-anak yang tengok memang merengekla nak gi..Tempat nie memang bagus untuk budak-budak explore..Jadi diorang boleh tau apa minat dan cita-cita bila dah besar nanti.

Tiket masuk ke kidszania nie mengikut umur. Masa kami pergi tiket rm60 untuk umur 4-17 tahun..kene tunjuk MyKad la ye...kalau tak harganya rm75. Untuk orang dewasa (umur 18-59) rm35.
Tiket kanak-kanak lagi mahal sebab diorang yang banyak lakukan aktiviti kat sini,kita orang dewasa nie tengok ajelah dari jauh..

Apa ye nak tulis...senang cite, kawan-kawan pergi la bawak anak-anak kat sini..Berbaloi..Rasanya kalau saya tunjuk gambar, esti kawan-kawan teruja sikit dan tau apa yang ada kat sini sebenarnya..Biar gambar berbicara..

Perkara pertama yang dilakukan, dapatkan duit daripada kaunter CIMB untuk urusniaga di dalam kidszania

                                 Mencuba profesion sebagai jurugambar. Kamera betul tu ye...

Jadi doktor gigi pulak. Jangan terlebih usik gigi pesakit, terkejut dia..

Di kilang penghasilan air vitagen, dah siap dapat sorang sebotol

Ada bakat mewarna tak? Abis baju dah comot..

Di kilang pemprosesan air mineral Seamaster..

Pakar ortopedik dan pakar pediatrik bersedia untuk bertugas

Buat vitamin, dapat sebotol sorang..Pharmaniaga

Masa nie nak jadi cashier,dah cukup orang so jadi pembeli saje












Isnin, 10 Mac 2014

Cuti-cuti ke Hello Kitty Town, Puteri Harbour Family Theme Park

Ini cerita bulan Disember 2013. Kami sekeluarga macam biasala, dah sampai hujung tahun mesti nak berjalan.. Bawa anak-anak menghabiskan masa cuti mereka. Jadi kali ini, kami buat keputusan nak gi ke Hello Kitty yang terletak di Nusajaya, Johor Bahru..

Kita cerita pasal harga tiket dulu ye. Untuk masuk ke Sanrio Hello Kitty Town, harga tiket ialah RM55 seorang (sama je harga untuk dewasa dan kanak-kanak). Untuk masuk ke The Little Big Club pun harga tiketnya RM55. Ikutkan memang mahal untuk kami sekeluarga masuk ke Theme park nie. Tapi macam org tua-tua cakap, alang-alang dah sampai, masuk je semua tempat..Lain kali tak yah gi lagi.. Jadinya kami beli 2 park pass yang berharga RM85 per person. (korang kira sendiri la ye kalau untuk 4 org dah berapa, nangis kejap masa tu)

Kat Hello Kitty Town nie, ada banyak permainan untuk kanak-kanak sebenarnya. Tapi untuk orang dewasa yang sukakan Hello Kitty pun bolehla datang sini. Bagi ibu bapa, inila masanya nak lakukan aktiviti bersama anak-anak. Contohnya di Wishful Studio, ada 4 bilik yang kami masuk untuk lakukan aktiviti.
1. Bilik Jewelry Making- kat bilik nie,dapat rantai dan loket gambar Hello Kitty sorang satu
2. Bilik Costume dress up- kami x masuk sebab masa tu ramai sangat beratur nak masuk bilik nie.
3. Nail salon- kami main color-color dan hias kuku (bdk pompuan memang suka)
4. Cookie Studio- bilik untuk main color-color biskut gambar Hello Kitty guna jem strawberi dan coklat. Dah siap bolehla makan biskut tu..sedap jugak.
Ada juga playground kat floor nie dan tea cup rides. Selain tu, peluang bergambar sekeluarga dengan maskot Hello Kitty tu yang boleh dijadikan kenangan. Sekeping gambar tu kalau tak silap rm30 tapi berbaloi sangat sebab gambar tu cantik bila nak gantung kat dinding rumah.

Di The Little Big Club, anak-anak saya memang seronok sangat sebab dapat jumpa dengan kartun kegemaran mereka. Ada Thomas & Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu.

Kat floor nie, ada pertunjukan untuk watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak. So bolehla budak- budak nie menyanyi dan menari bersama. Enjoy! Dan yang paling best apabila anak perempuan saya, Iffah boleh belajar menari kat pentas bersama Angelina Ballerina. Siap pakai costume balet lagi..beria-ia dia menari...

Di tingkat 3 pula, ada mainan macam kat genting tu..tapi tak la merbahaya. Kami naik semua mainan. Mainla berapa kali pun..takde orang nak marah..tapi kene beratur la,ikut giliran. Saya dan suami cuma naik sekali jela, tak larat nak layan diorg nie. Jadi kami duduk minum-minum di cafe kat situ sambil memerhatikan diorg bermain dari jauh. Mee sup dan mee kari kat cafe tu sedap tau, harga cam biasala rm8 semangkuk. Iqbal dan iffah nak makan waffle aiskrim. Nasib baik tak pengsan, harganya rm10 sekeping. Di taman tema nie semua makanannya mahal- mahal, jadi makanla kenyang-kenyang
sebelum masuk ye.

Kami keluar dari theme park nie kul 6 petang (beroperasi kul 10 pg hingga 6 ptg). Masuklah awal-awal pagi sebab masa tu orang tak ramai lagi, anak2 pun boleh main sampai puas tak perlu beratur panjang. Dah nak balik tu jangan lupa singgah kedai souvenier kat aras bawah. Belila satu dua barang  buat kenang- kenangan..




Rabu, 5 Mac 2014

Bihun Singapore

Resepi nie ditulis atas permintaan kawan yang pernah makan bihun singapore masa saya buat untuk jamuan hari raya beberapa tahun lepas. Memang senang sangat-sangat..Almaklumlah saya memang cuma masak resepi yang mudah dan cepat..ada anak kecil,terkejar-kejar nak memasak.

Bahan-bahan:

- 1 bungkus bihun (rendam sehingga lembut,boleh guna air suam kalau nak cepat..kalau guna air panas macam lembik sangat, x sedap)
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- isi ayam (dipotong kecil)
- udang (saya suka guna udang putih yang kecil2 tu)
- 1 kiub ayam
- serbuk lada sulah 2 sudu besar (ada org letak serbuk lada hitam)
- lobak merah (dipotong halus memanjang)
- sawi

Cara-cara:

- Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam. Masak sebentar. Kemudian masukkan udang.
- Masukkan sedikit air. Letakkan kiub ayam dan serbuk lada sulah. Masukkan lobak dan sawi. Biarkan mendidih sebentar.
- Akhir sekali, masukkan bihun dan kacau sebati bersama semua bahan.
- Sedia untuk dimakan bersama dengan kuah kicap (potong cili api 5 biji dan campurkan sedikit  kicap)

* tak perlu letak garam sebab kiub ayam dah cukup masin..



Khamis, 27 Februari 2014

Kek coklat kukus

Dah lama tak bersiaran. Kali nie saya nak kongsi resepi kek coklat kukus. Semua resepi yg saya kongsi nie, semuanya senang. Bahannya mudah dicari dan semestinya tak ada nama pelik-pelik. Bukan apa, saya pun malas nak beli bahan untuk buat kuih nie pastu guna sekali je. Membazir macam tu.. Pastu dah excited beli, dah buat hasilnya tak seperti yang diharapkan. Mesti kecewakan? Jom tengok apa bahannya.

Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 3 biji telur
- 1/2 tsp soda bikarbonat
- 1/2 tsp baking powder

Cara-cara:
- Campurkan gula dan telur dan pukul hingga kembang.( kalau tak ada mixer, guna blender pun boleh,yg penting gula dan telur tu sebati bersama).
- Masukkan semua bahan diatas bersama-sama telur dan gula yg telah dipukul tadi dan kacau sebati.
(kacau dengan tangan aje tau,jangan terlebih rajin nak guna mixer pulak untuk kacau.nanti tak naik kek tu baru tau!)
- Lupa pulak, nanti panaskan kukus dulu tau. Bila dah mendidih air tu baru boleh masuk kek untuk dikukus. Pastikan penutup kukus tu dibalut dengan kain supaya air wap akan menitis kat kain. Kalau menitis kat kek, boleh bantat kek tu anti. Kukus dalam 1 jam kalau guna loyang besar. Kalau guna bekas comel-comel yang macam gambar nie, dalam 30 minit dah masak kek coklat nie.
- Dan jangan lupa sapu minyak sikit kat loyang untuk pastikan bila kek dah masak anti tak melekat dan senang nak dikeluarkan.

Selasa, 25 Februari 2014

Biskut batik a.k.a coklat marie ball

Dah lama jugak saya menyepi..sibuk sikit kebelakangan nie..nak masak-memasak nie pun macam tak berapa nak sempat..tp hari nie tiba-tiba tangan macam rajin jer..tgk biskut marie yang tak berusik dalam bekas, apa lagi...teringat satu resepi yg saya nampak kat fb tempohari..resepi tu dari fb suka suka masak..bila baca resepi tu sebiji macam buat biskut batik, tp namanya dah jadi coklat marie ball..saya pun cuba,dan hasilnya memang memuaskan...

Bahan-bahan:

2 cawan biskut marie dikisar hingga halus (kisar dulu baru sukat 2 cawan)
4 sudu makan butter dicairkan (saya guna 3 sudu je)
2 sudu makan milo
5 sudu makan susu pekat manis (saya guna 3 sudu je, sebab rasanya macam manis sangat kalau letak 5 sudu)
Coklat rice/gula warna warni utk proses menyalut

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan kecuali bahan salut. Gaul rata-rata dan buat bebola kecil dan salut dengan bahan salut tadi. Isi dalam papercup dan simpan dalam peti sejuk. (agaknya saya buat semua bahan saya kurangkan,tu yg bila dah siap bentuk bulat,x boleh nak salut dengan coklat rice, tak melekat..he....he...he....)

Ahad, 16 Februari 2014

Jom masak Lodeh!

Sememangnya semua orang pun tau nak masak kuah lodeh nie. Tapi saya nak jugak share resepi yang saya biasa buat. Kalau anak saya makan abis licin sampai kuah pun dihirupnya.

Bahan-bahan A:

- sedikit udang hidup
- minyak
- 2 biji lada merah
- 1 biji bawang besar di mayang
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- 5 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 inci kunyit hidup ditumbuk
- segenggam udang kering ditumbuk
- 2 batang serai dititik
- santan dari sebiji kelapa

Bahan- bahan B:

- sedikit pucuk dan suhun
- sayuran: -lobak, kacang panjang, kobis, tempe dan kentang ( digoreng)
* sayuran nie kuantitinya ikut suka, nak letak banyak ataupun sedikit dan jenis sayuran pun terpulang pada kesukaan masing-masing.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau hingga masak.
3. Masukkan santan,sayuran dan garam serta secubit ajinamoto.
4. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.


Rabu, 12 Februari 2014

Rendang daging

Sape suka makan rendang daging? Mana ada orang tak suka rendangkan? Sebenarnya nak buat rendang nie tak adalah susah mana pun, cuma bahan-bahan je banyak. Lepas tu campur semua, dan tunggu sampai kering..Siap! Hari-hari masak rendang pun boleh. Resepi yang saya kongsi nie merupakan resepi turun temurun tau, maksudnya resepi mak sayala. Gerenti sedap dan jadi walaupun kawan- kawan semua tak pernah masak rendang sebelum nie. Untuk resepi rendang ayam ada sedikit perbezaan. Nanti lain kali saya tulis ye. So sekarang kita tgk dulu bahan-bahannya untuk rendang daging.

Bahan-bahan:

Daging -1kg*
Bawang merah- 9 biji*
Bawang putih- 9 biji*
Halia -1 inci*
Kunyit hidup -1 1/2 inci*
Lengkuas -1 inci*
Serai -5 batang*
Lada kering -1 genggam*
Cili api -10 biji*
Kerisik-3 sudu besar
Kelapa- 1 biji( ambil santannya)
Daun kunyit-2@ 3 helai
Asam keping-2 keping
Ajinamoto
Garam

Cara-cara:

- Kisar semua bahan yang bertanda *.
- Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama dengan daging.
- Kacau sekali sekali sehingga hampir kering.
- Kemudian, masukkan santan yang telah diperah dari sebiji kelapa tadi.
- Apabila hampir kering dan daging dah lembut, masukkan 2 keping asam keping.
- Masukkan ajinamoto, garam, kerisik dan daun kunyit.
- Biarkan lagi sehingga kering. Sedia untuk dihidang.



Khamis, 6 Februari 2014

Ikan cencaru sumbat

Salam pagi Jumaat. Mesti kawan-kawan semua tgh pening kepala nak masak apa hari nie. Jadinya,saya pun nak kongsi lagi satu resepi kegemaran suami dan anak-anak, ikan cencaru sumbat..

Bahan-bahan:
- Ikan cencaru (saya suka yg comel2, baru berselera nak makan)
- 1/2 biji kelapa parut (sebenarnya ikut suka nak letak banyak mana, tgk kuantiti ikan ye)
- daun kunyit 2 helai (diracik macam bunga rampai)
- kunyit hidup 1 inci
- bawang merah 3 biji
- cili api 11 biji (kami nie suka pedas,tu yg letak banyak. Kalau x tahan pedas, letak 5 biji sudah)
- limau nipis
- garam

Cara- cara:
- Siang ikan macam biasa,cuci bersih dengan air asam jawa.
- Tumbuk bawang merah, kunyit hidup dan cili api bersama dengan garam sehingga lumat. Kemudian, masukkan daun kunyit dan kelapa parut,tumbuk lg sehingga sebati semua bahan tu.
- Sumbatkan bahan tumbuk tadi kedalam perut ikan. Perahkan air limau nipis di dlm perut ikan yg dah disumbat kelapa tu. (Faham tak?)
- Goreng ikan tadi sehingga masak.

Kat bawah nie ada gambar ikan yang dah siap di sumbat. Tapi sorry ye kengkawan, gambar yang dah siap goreng tak ada, lupa nak snap picture. Terliur tgk ikan tu, sampai lupa. Tau- tau dah abis makan,baru teringat gambar tak ambik lagi...