JellyPages.com

Khamis, 27 Februari 2014

Kek coklat kukus

Dah lama tak bersiaran. Kali nie saya nak kongsi resepi kek coklat kukus. Semua resepi yg saya kongsi nie, semuanya senang. Bahannya mudah dicari dan semestinya tak ada nama pelik-pelik. Bukan apa, saya pun malas nak beli bahan untuk buat kuih nie pastu guna sekali je. Membazir macam tu.. Pastu dah excited beli, dah buat hasilnya tak seperti yang diharapkan. Mesti kecewakan? Jom tengok apa bahannya.

Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 3 biji telur
- 1/2 tsp soda bikarbonat
- 1/2 tsp baking powder

Cara-cara:
- Campurkan gula dan telur dan pukul hingga kembang.( kalau tak ada mixer, guna blender pun boleh,yg penting gula dan telur tu sebati bersama).
- Masukkan semua bahan diatas bersama-sama telur dan gula yg telah dipukul tadi dan kacau sebati.
(kacau dengan tangan aje tau,jangan terlebih rajin nak guna mixer pulak untuk kacau.nanti tak naik kek tu baru tau!)
- Lupa pulak, nanti panaskan kukus dulu tau. Bila dah mendidih air tu baru boleh masuk kek untuk dikukus. Pastikan penutup kukus tu dibalut dengan kain supaya air wap akan menitis kat kain. Kalau menitis kat kek, boleh bantat kek tu anti. Kukus dalam 1 jam kalau guna loyang besar. Kalau guna bekas comel-comel yang macam gambar nie, dalam 30 minit dah masak kek coklat nie.
- Dan jangan lupa sapu minyak sikit kat loyang untuk pastikan bila kek dah masak anti tak melekat dan senang nak dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan