JellyPages.com

Jumaat, 8 Ogos 2014

Mihun sup

Nak kongsi resepi mihun sup plak hari nie...Semua resepi yg saya publish, senang dan cepat dimasak. Almaklumlah, terkejar-kejar nak masak bila ada anak kecik nie.. Jom tengok bahan-bahan yang perlu disediakan...

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun (dicelur dan ditoskan)
Isi ayam* (dipotong kecil)
Bebola ikan (terpulang la nak letak ke tak nak)
Kobis*
Lobak merah*
1 sudu makan serbuk lada hitam
Kiub ayam 1 kiub
Air*
Minyak masak
Daun bawang dan daun sup*
Bawang goreng*
Garam

Semua bahan yang bertanda * ikutla nak letak sesuka hati ye.tang masak nie jangan sukat-sukat sangat,anti tak sedap. Kita main campak-campak je.

Bahan untuk ditumis:
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan lobak merah dan kacau rata.
3. Masukkan kubis, air,garam, kiub ayam dan lada hitam. Biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Taburkan bawang goreng.
5. Sedia untuk dimakan bersama kuah kicap.. (Utk kuah kicap: Tumbuk seulas bawang putih bersama dengan 7 biji cili api. Campurkan sedikit air,gula dan kicap. Kacau sebati)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan