JellyPages.com

Khamis, 6 Februari 2014

Ikan cencaru sumbat

Salam pagi Jumaat. Mesti kawan-kawan semua tgh pening kepala nak masak apa hari nie. Jadinya,saya pun nak kongsi lagi satu resepi kegemaran suami dan anak-anak, ikan cencaru sumbat..

Bahan-bahan:
- Ikan cencaru (saya suka yg comel2, baru berselera nak makan)
- 1/2 biji kelapa parut (sebenarnya ikut suka nak letak banyak mana, tgk kuantiti ikan ye)
- daun kunyit 2 helai (diracik macam bunga rampai)
- kunyit hidup 1 inci
- bawang merah 3 biji
- cili api 11 biji (kami nie suka pedas,tu yg letak banyak. Kalau x tahan pedas, letak 5 biji sudah)
- limau nipis
- garam

Cara- cara:
- Siang ikan macam biasa,cuci bersih dengan air asam jawa.
- Tumbuk bawang merah, kunyit hidup dan cili api bersama dengan garam sehingga lumat. Kemudian, masukkan daun kunyit dan kelapa parut,tumbuk lg sehingga sebati semua bahan tu.
- Sumbatkan bahan tumbuk tadi kedalam perut ikan. Perahkan air limau nipis di dlm perut ikan yg dah disumbat kelapa tu. (Faham tak?)
- Goreng ikan tadi sehingga masak.

Kat bawah nie ada gambar ikan yang dah siap di sumbat. Tapi sorry ye kengkawan, gambar yang dah siap goreng tak ada, lupa nak snap picture. Terliur tgk ikan tu, sampai lupa. Tau- tau dah abis makan,baru teringat gambar tak ambik lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan