Dah lama tak bersiaran. Kali nie saya nak kongsi resepi kek coklat kukus. Semua resepi yg saya kongsi nie, semuanya senang. Bahannya mudah dicari dan semestinya tak ada nama pelik-pelik. Bukan apa, saya pun malas nak beli bahan untuk buat kuih nie pastu guna sekali je. Membazir macam tu.. Pastu dah excited beli, dah buat hasilnya tak seperti yang diharapkan. Mesti kecewakan? Jom tengok apa bahannya.
Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 3 biji telur
- 1/2 tsp soda bikarbonat
- 1/2 tsp baking powder
Cara-cara:
- Campurkan gula dan telur dan pukul hingga kembang.( kalau tak ada mixer, guna blender pun boleh,yg penting gula dan telur tu sebati bersama).
- Masukkan semua bahan diatas bersama-sama telur dan gula yg telah dipukul tadi dan kacau sebati.
(kacau dengan tangan aje tau,jangan terlebih rajin nak guna mixer pulak untuk kacau.nanti tak naik kek tu baru tau!)
- Lupa pulak, nanti panaskan kukus dulu tau. Bila dah mendidih air tu baru boleh masuk kek untuk dikukus. Pastikan penutup kukus tu dibalut dengan kain supaya air wap akan menitis kat kain. Kalau menitis kat kek, boleh bantat kek tu anti. Kukus dalam 1 jam kalau guna loyang besar. Kalau guna bekas comel-comel yang macam gambar nie, dalam 30 minit dah masak kek coklat nie.
- Dan jangan lupa sapu minyak sikit kat loyang untuk pastikan bila kek dah masak anti tak melekat dan senang nak dikeluarkan.
Khamis, 27 Februari 2014
Selasa, 25 Februari 2014
Biskut batik a.k.a coklat marie ball
Dah lama jugak saya menyepi..sibuk sikit kebelakangan nie..nak masak-memasak nie pun macam tak berapa nak sempat..tp hari nie tiba-tiba tangan macam rajin jer..tgk biskut marie yang tak berusik dalam bekas, apa lagi...teringat satu resepi yg saya nampak kat fb tempohari..resepi tu dari fb suka suka masak..bila baca resepi tu sebiji macam buat biskut batik, tp namanya dah jadi coklat marie ball..saya pun cuba,dan hasilnya memang memuaskan...
Bahan-bahan:
2 cawan biskut marie dikisar hingga halus (kisar dulu baru sukat 2 cawan)
4 sudu makan butter dicairkan (saya guna 3 sudu je)
2 sudu makan milo
5 sudu makan susu pekat manis (saya guna 3 sudu je, sebab rasanya macam manis sangat kalau letak 5 sudu)
Coklat rice/gula warna warni utk proses menyalut
Cara-cara:
Satukan kesemua bahan kecuali bahan salut. Gaul rata-rata dan buat bebola kecil dan salut dengan bahan salut tadi. Isi dalam papercup dan simpan dalam peti sejuk. (agaknya saya buat semua bahan saya kurangkan,tu yg bila dah siap bentuk bulat,x boleh nak salut dengan coklat rice, tak melekat..he....he...he....)

Ahad, 16 Februari 2014
Jom masak Lodeh!
Sememangnya semua orang pun tau nak masak kuah lodeh nie. Tapi saya nak jugak share resepi yang saya biasa buat. Kalau anak saya makan abis licin sampai kuah pun dihirupnya.
Bahan-bahan A:
- sedikit udang hidup
- minyak
- 2 biji lada merah
- 1 biji bawang besar di mayang
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- 5 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 inci kunyit hidup ditumbuk
- segenggam udang kering ditumbuk
- 2 batang serai dititik
- santan dari sebiji kelapa
Bahan- bahan B:
- sedikit pucuk dan suhun
- sayuran: -lobak, kacang panjang, kobis, tempe dan kentang ( digoreng)
* sayuran nie kuantitinya ikut suka, nak letak banyak ataupun sedikit dan jenis sayuran pun terpulang pada kesukaan masing-masing.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau hingga masak.
3. Masukkan santan,sayuran dan garam serta secubit ajinamoto.
4. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.

Rabu, 12 Februari 2014
Rendang daging
Sape suka makan rendang daging? Mana ada orang tak suka rendangkan? Sebenarnya nak buat rendang nie tak adalah susah mana pun, cuma bahan-bahan je banyak. Lepas tu campur semua, dan tunggu sampai kering..Siap! Hari-hari masak rendang pun boleh. Resepi yang saya kongsi nie merupakan resepi turun temurun tau, maksudnya resepi mak sayala. Gerenti sedap dan jadi walaupun kawan- kawan semua tak pernah masak rendang sebelum nie. Untuk resepi rendang ayam ada sedikit perbezaan. Nanti lain kali saya tulis ye. So sekarang kita tgk dulu bahan-bahannya untuk rendang daging.
Bahan-bahan:
Daging -1kg*
Bawang merah- 9 biji*
Bawang putih- 9 biji*
Halia -1 inci*
Kunyit hidup -1 1/2 inci*
Lengkuas -1 inci*
Serai -5 batang*
Lada kering -1 genggam*
Cili api -10 biji*
Kerisik-3 sudu besar
Kelapa- 1 biji( ambil santannya)
Daun kunyit-2@ 3 helai
Asam keping-2 keping
Ajinamoto
Garam
Cara-cara:
- Kisar semua bahan yang bertanda *.
- Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama dengan daging.
- Kacau sekali sekali sehingga hampir kering.
- Kemudian, masukkan santan yang telah diperah dari sebiji kelapa tadi.
- Apabila hampir kering dan daging dah lembut, masukkan 2 keping asam keping.
- Masukkan ajinamoto, garam, kerisik dan daun kunyit.
- Biarkan lagi sehingga kering. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 6 Februari 2014
Ikan cencaru sumbat
Salam pagi Jumaat. Mesti kawan-kawan semua tgh pening kepala nak masak apa hari nie. Jadinya,saya pun nak kongsi lagi satu resepi kegemaran suami dan anak-anak, ikan cencaru sumbat..
Bahan-bahan:
- Ikan cencaru (saya suka yg comel2, baru berselera nak makan)
- 1/2 biji kelapa parut (sebenarnya ikut suka nak letak banyak mana, tgk kuantiti ikan ye)
- daun kunyit 2 helai (diracik macam bunga rampai)
- kunyit hidup 1 inci
- bawang merah 3 biji
- cili api 11 biji (kami nie suka pedas,tu yg letak banyak. Kalau x tahan pedas, letak 5 biji sudah)
- limau nipis
- garam
Cara- cara:
- Siang ikan macam biasa,cuci bersih dengan air asam jawa.
- Tumbuk bawang merah, kunyit hidup dan cili api bersama dengan garam sehingga lumat. Kemudian, masukkan daun kunyit dan kelapa parut,tumbuk lg sehingga sebati semua bahan tu.
- Sumbatkan bahan tumbuk tadi kedalam perut ikan. Perahkan air limau nipis di dlm perut ikan yg dah disumbat kelapa tu. (Faham tak?)
- Goreng ikan tadi sehingga masak.
Kat bawah nie ada gambar ikan yang dah siap di sumbat. Tapi sorry ye kengkawan, gambar yang dah siap goreng tak ada, lupa nak snap picture. Terliur tgk ikan tu, sampai lupa. Tau- tau dah abis makan,baru teringat gambar tak ambik lagi...

Langgan:
Catatan (Atom)