JellyPages.com

Ahad, 28 Jun 2015

MEE HAILAM

Resepi mee hailam nie sebenarnya saya goggle dari blog. Punyalah banyak resepi, jadi saya amik yang paling senang dan yang semua bahan ada kat rumah. Saya malas nak keluar gi beli bahan baru semata-mata nak buat mee hailam nie. Contoh, kalau guna sos tiram, kat peti ais takde,,,saya gi beli, guna sekali, pastu entah bila tahun lagi la saya guna sos tiram tu. Last-last expired. Bukan apa, penggunaan sos tiram kat rumah saya nie agak kurang sebab kami seisi keluarga alergi dengan seafood.

Tak mau cite panjang, jom tgk bahan-bahannya yang saya dah olah dari resepi asal. Yang pastinya saya nie suka mencuba..Kalau saya goggle ada 5 resepi mee hailam, saya akan cuba salah satu. Kalau tak kene dengan tekak saya, next time saya cuba resepi yang lain pula. Dan yang saya post kat blog nie adalah resepi yang saya rasa terbaik, mudah dan sedap.

Mee kuning- 1 peket
3 ulas bawang putih dihiris je
Fish cake dlm 3 keping
Segenggam udang putih
Semangkuk kecil isi ayam
Sebiji tomato potong 6
Lobak 1 batang
Sawi 1 pokok
Lada sulah 1 sudu
Kiub ayam 1 ketul
2 sudu besar lada kering yang dah dimesin (jangan lah guna cili boh ye, bknnya sedap pun)
2 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
Kicap manis
Bawang goreng

1. Tumis bawang putih dan lada kering yang dah dimesin sampai pecah minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan isi ayam dan kemudian udang. Gaul-gaulkan.
3. Masukkan air. Agak-agaklah nak kuah banyak ke sikit..ikut suka
4. Tuangkan kicap manis ikut kepekatan yang anda suka. Biarkan mendidih seketika
5. Masukkan kiub ayam, lada sulah dan sedikit garam. 
6. Dah mendidih, masukkan lobak. Lepas lobak dah lembut sikit, baru masukkan sawi dan tomato.
7. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung.

 Siap!!! Tak yah masuk mee, nanti mee serap kuah dan jadi kembang.  Celur mee berasingan dan tuang kuah ke atas mee bila nak makan

Camne? Senang tak? Semua bahan dah ada kan? Apa lagi, petang nie bleh cuba untuk juadah berbuka puasa.....

Belanja gambar satu tapi gambar kuah je. Sorry ye, tak teringat nak amik gambar mee hailam dalam pinggan, Anti bila-bila kalau saya buat lagi, saya add gambar kat sini..


Sabtu, 27 Jun 2015

PERBEZAAN SABUN COLLAGEN NURRASYA DENGAN SABUN LAIN DI PASARAN

Entry kali ini saya nak berkongsi mengenai kelainan yang ada pada SABUN COLLAGEN NURRASYA

1. Ada bintik-bintik air seakan sabun berpeluh jika di tinggalkan semalaman. Ini disebabkan sel-sel rumpai laut masih hidup dan menghasilkan air

2. Pada permulaan penggunaan sabun Nurrasya, terdapat banyak buih dihasilkan. Tapi apabila sabun semakin nipis, buih semakin berkurangan kerana sabun ini tidak menggunakan bahan kimia untuk mengekalkan sifat peluntur.

3. Bau wangi sabun juga semakin berkurang setelah lama digunakan kerana tiada bahan pengawet untuk mengekalkan bau wangi tersebut.

PENGEDAR SAH NURRASYA BEAUTY
MARDIANA
012-6623520


Rabu, 17 Jun 2015

Nilai Ringgit Semakin Jatuh...

Sharing dari Ain Kaya Emas

Saya nak berkongsi sikit pasal mata wang ringgit hari nie. Duit kita betul-betul sedang jatuh.
Tadi saya pergi money changer, saya tukar 1500 Bath kepada duit ringgit malaysia dapat RM159, tu dah tolak GST. Memang jatuh teruk!! Saya siap sembang lagi dengan orang money changer tu..

Siap dia kata duit kita hari-hari jatuh. 1-2 ringgit sehari. Orang tu kata ekonomi Malaysia memang kritikal sekarang nie. Kalau ringgit Malaysia tukar kepada matawang luar memang jatuh teruk nilainya tapi kalau matawang luar tukar dengan ringgit Malaysia, untung giler...Orang money changer tu orang Pakistan, dia cakap kalau U mau untung U simpan EMAS!!

Jadi mari kita renungkan bersama.....

Nak jadi ahli Powergold? Yuran keahlian serendah RM350 dan free 1 coin emas 0.5 gram.
Tak nak jadi ahli? Takpe...bleh je beli emas dengan harga murah serendah RM100

Agen Powergold
Mardiana
012-6623520


Selasa, 16 Jun 2015

INFO MENGENAI PIGMENTASI/ JERAGAT

PUNCA JERAGAT(PIGMENTASI)

Masalah jeragat (pigmentasi )  yang biasa terjadi pada penduduk Asia khasnya dan berada pada 10 tangga teratas di dalam masalah kulit yang dihadapi.

Golongan kaum wanita lebih banyak mengalami masalah jeragat.
kawasan yang sering terjadi jeragat ialah di pipi..ada juga pada hidung dan dahi..ada juga dibelakang badan serta tempat - tempat sulit..

ADA 2 JENIS JERAGAT
1.JERAGAT EPIDERMAL
2.JERAGAT DERMAL

Biasanya MANUSIA ada jenis kedua - dua jenis jeragat iaitu EPIDERMAL DAN DERMAL.
Wanita hamil pun ada yang mengalami masalah jeragat. kerana apabila kita mengandung badan kita akan menghasilkan lebih banyak pigmen

Sebab - sebab terjadinya jeragat
===========================
1. terdedah kepada cahaya matahari terik
2. penggunaan Hormone. contohnya pil perancang.
3. penggunaan kosmetik/ rawatan kulit tidak sesuai
4. keturunan

Pemakaian kosmetik yang berkemungkinan besar mengandungi merkuri, hedrokuinon dan asam salisilat dapat membuatkan pigmentasi pada kulit wajah..
apabila digunakan terus menerus, akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sangat sensitif pada pancaran matahari.

Apabila kulit jadi nipis dan semakin berumur ia tidak mampu lagi menghasilkan pigmen kulit yang baru, 
oleh itu pigmen kulit lama yang dah mati dan tak dapat diperbaharui akan nampak hitam dan bertompok - tompok
pada kulit wajah..semakin lama semakin banyak akan jadi merebak jika kita tak buat apa - apa tindakan untuk mencegahnya.

Pengedar Nurrasya
Mardiana
012-6623520

APAKAH ITU " HEALING CRISIS "

HEALING CRISIS
Oleh sebab proses penyingkiran toksin ni berbeza setiap individu. Ada yg ruam, jerawat kecik, jerawat besar, muka berbahang, gatal..dan lain-lain. Kadang - kadang masa paling cpt 2 minggu...hingga 1 bulan. Ada customer lain naik ruam @ jerawat kecik kat muka.tp tu adalah perkara biasa terutama bila pernah guna produk lain. Ini di panggil HEALING CRISIS...
HEALING CRISIS bukan hanya berlaku bila kita guna skincare tp juga bila kita guna produk dalaman contohnya collagen jenis minuman.
Tempoh HEALING CRISIS ni paling kritikal sbb customer ramai yg tak sabar... Proses penyingkiran toksin ni berbeza setiap individu. So, mesti amik masa sikit nk keluarkan dan bersihkan...cth kita guna produk tu 2 thn, dah sebati dgn kulit...takkan boleh dibuang dlm masa 2,3 hari @ seminggu.
IN SHA ALLAH ASBAB DAPAT MEMBANTU..
YANG MENYEMBUHKAN SETIAP PENYAKIT ALLAH SWT,,KITA HARUS USAHA, SABAR DAN BERDOA

Pengedar Nurrasya
Mardiana
012-6623520

Ahad, 14 Jun 2015

NURRASYA COLLAGEN SOAP/ MANFAAT PURE MARINE COLLAGEN (PMC)

Tanda-tanda penuaan dan kurang kolagen:

1.  kulit kusam dan tak bermaya
2.  kulit wajah hilang seri
3.  susah bangun tidur
4.  bahagian keliling mata menjadi gelap
5.  kulit kendur dan kedut
6.  wujud pigmentasi kulit
7.  masalah jerawat (untuk orang muda yang hormon tak stabil)

Pure Marine Collagen memiliki kuasa anti penuaan dan anti-oksida tertinggi. Penggunaan sabun yang mengandungi collagen secara konsisten dan berterusan mampu untuk melambatkan penuaan dan mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang.

PENGEDAR SAH NURRASYA
MARDIANA
012-6623520


SABUN COLLAGEN NURRASYA/Manfaat Susu Kambing Untuk Kulit

Umum memang dah tau tentang kebaikan susu kambing nie. Entry kali nie saya nak kupas sikit manfaatnya untuk kulit.

1. Dapat mengatasi masalah kulit wajah.

2. Menghalus dan melembutkan kulit.

3. Menghilangkan bau badan

4. Susu kambing memiliki kandungan protein, lemak, zat besi, vitamin C dan vitamin D, vitamin B dan vitamin A yang tinggi, mampu membuatkan kulit menjadi lembut dan lembab.

5. Mengatasi jerawat kerana sabun susu kambing mengandungi eleman exfoliant semulajadi yang menghilangkan sel-sel kulit mati dari kulit

6. Vitamin pada susu kambing memiliki beberapa sifat anti peradangan yang mampu mengurangi kemerahan jerawat.

7. Mengatasi gejala jerawat dan menghilangkan bekas-bekas jerawat kerana kandungan zat aktif dalam formula sabun susu kambing.

PENGEDAR SAH NURRASYA
MARDIANA
012-6623520

Sabtu, 13 Jun 2015

NURRAYSA COLLAGEN SOAP/ MANFAAT MINYAK ZAITUN

NURRAYSA COLLAGEN SOAP

* Minyak Zaitun memiliki kandungan Vitamin E yang tinggi
- Vitamin E berfungsi untuk merawat kulit, menghaluskan kulit dan menghilangkan jerawat

* Sebagai pelembap bagi kulit
- Jika memiliki kulit wajah kering serta kusam, gunakanlah minyak zaitun. Minyak zaitun akan   menjaga kelembapan asal kulit agar tetap seimbang dan melembutkan wajah.
- Dengan menggunakan minyak zaitun, sel-sel kulit mati dipermukaan kulit wajah akan tersingkir. Hasilnya wajah terhindar dari kering dan kusam.

* Sebagai pencegah untuk penuaan kulit..


Call/msg/whatsapp:
MARDIANA 012-6623520

JUAL!JUAL! Tikar Rotan Sarawak Murah

Sebelum nak menjual nak bagi mukadimah dulu.. Mesti semua dah tau pasal Tikar Rotan Sarawak niekan? Terkenal kerana ketahanannya, kehalusan dan kecantikan corak-corak yang sedia ada serta nilai eksklusifnya sebab dianyam tangan.

Tapi mesti ramai jugak yang mengeluh, nape mahal sangat? Sebenarnya harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan tau. Cuba kawan-kawan fikir sejenak, kalau nak pergi Sarawak punya la susah..dengan kos penerbangan,hotel dan pengangkutan, semua tu kene ambil kira tau. Kalau dah terlanjur ke sana memanglah boleh beli Tikar Rotan Sarawak nie,TAPIIII.....anti masa beli tak dapat plak harga macam yang saya bagi..diorg tahu orang Semenanjung nak beli, mesti diorg bagi harga kaw-kaw punya..Pastu kawan-kawan ingat dah murah sangatlah tu, pun belilaaaa...

Tikar Rotan Sarawak yang saya jual ini menggunakan Rotan Segakmas. Dianyam tangan oleh penganyam tradisional masyarakat Bidayuh dan Iban (sebab tu ekslusif ). Ada 3 ikatan tali dibahagian tepi tikar (tikar biasa, kebiasaannya ada 2 ikatan tali sahaja). Semakin lama guna, semakin cantik dan berkilat tikar rotan tersebut.

Bagi sesiapa yang berminat dan ada sebarang pertanyaan boleh ke laman fb saya: mardianaabdrashid
No untuk dihubungi/ whatsapp/ viber: 012-6623520
E- mail: mardianaabdrashid@yahoo.com
Sebarang komen dan pertanyaan akan dilayan dengan segera(cewah....servis bagus punya)
Selamat bershopping...

Picture no 1: Corak jalur
Picture no 2: Corak perisai
Saiz: Ada 2 saiz- 7 x 10 kaki (paling besar)
                          - 6 x 9 kaki (medium)

# Untuk makluman semua, saya tidak lagi menjual Tikar Rotan Sarawak bermula Januari 2015. Ini adalah kerana kawan saya merangkap supplier dah balik berpindah ke Semenanjung..Terima kasih kepada semua yang telah msg/whatsapp saya, berminat untuk membeli tikar ini..In sya allah kalau saya tibe2 meniaga semula tikar rotan sarawak nie, saya akan inform semua ye...