Resepi nie saya dapat dari my bff, Zarina Zainal yg sama-sama belajar dari matrikulasi sampailah masa kat UPM..resepi nie baru je dapat, tapi kami berkawan punya la dah lama,sampai sekarang pun masih berhubung..Apa-apa tak tau,saya tanya dia. Apa-apa tak tau dia tanya saya.. Okey la,jom sama- sama tengok resepi nie. Pastu boleh cuba, confirm jadi! Tapi resepi nie saya dah olah sikit, kalau yg original 1/2 kg tepung, banyak sangat kan? Nak buat utk sekali makan je..
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung (saya guna pot beras yg ada sukatan tu..ala,kalau beli periuk nasi mesti dpt sekali tu,tau tak?)
- yis ( mauripan) 1 sudu besar
- 1/4 cawan minyak masak ( ikut tanda yg ada kat pot beras tu tau)
- 1/2 cawan air * masa uli nanti jgn masuk semua sekaligus,masuk sikit-sikit utk pastikan adunan tak terlalu lembik.
- 1/4 cawan air suam
- 1/4 cawan susu manis
- 1/2 sudu teh garam
- gula kastor
- gula kasar
Cara-cara:
1. Campurkan yis bersama air suam dan secubit gula kasar. Biarkan dalam 5 minit. Yis akan mengembang.
2. Masukkan semua bahan diatas termasuk yis yang dah naik dan uli hingga lembut dan licin.
3. Rehatkan dlm 1/2 jam.
4. Kemudian bolehlah buat macam bebola. Buat kecil- kecil la ye, budak- budak senang sikit nak masuk mulut, sekali ngap je.
5. Goreng dengan minyak yang betul- betul dah panas dengan api yg kecil. Ini untuk memastikan bahagian dalam donut tu tul-tul masak. ( Selalu terjadi kat saya sebelum nie, luar dah warna coklat tapi dalam macam mkn tepung mentah,gara2 api yg sederhana besar).
6. Pastu salut la dengan gula kastor tu.
Selasa, 28 Januari 2014
Khamis, 23 Januari 2014
Resepi apam pisang
Sebenarnya resepi apam pisang nie yg mula-mula saya kongsi kat blog. Tapi disebabkan tak ada gambar,tu yg saya nak edit hari nie. Ada pisang lebih kat dapur,anak- anak pun dah tak nak makan lagi,so apa lg jadila apam di hujung minggu. Tak sempat nak buat minum petang,panas- panas lagila budak- budak nie suka makan.
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 tsp bikarbonat soda*
- 1 tsp baking powder* ( ayak sekali)
- 6 biji pisang dilenyek
- secubit garam
Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan campuran tepung dan gaul sebati. Masukkan pisang, garam dan gaul sebati.
2. Letakkan minyak pada loyang. Tuang adunan dan kukus 45 minit.
Selamat mencuba....
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 tsp bikarbonat soda*
- 1 tsp baking powder* ( ayak sekali)
- 6 biji pisang dilenyek
- secubit garam
Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan campuran tepung dan gaul sebati. Masukkan pisang, garam dan gaul sebati.
2. Letakkan minyak pada loyang. Tuang adunan dan kukus 45 minit.
Selamat mencuba....
Rabu, 22 Januari 2014
Penawar selsema bayi
Cara merawat selsema bayi
Mesti ibu2 rasa risau kalau bayi anda mengalami selsema..Ada cara yang paling mudah dan senang. Ambil sedikit kunyit hidup dan masak dengan minyak masak. Biarkan sejuk dan sapukan pada hidung bayi. In sya Allah berkesan...cubala
Mesti ibu2 rasa risau kalau bayi anda mengalami selsema..Ada cara yang paling mudah dan senang. Ambil sedikit kunyit hidup dan masak dengan minyak masak. Biarkan sejuk dan sapukan pada hidung bayi. In sya Allah berkesan...cubala
Langgan:
Catatan (Atom)