JellyPages.com

Jumaat, 14 Mac 2014

Penawar batuk bagi bayi

Sekarang nie musim demam,selsema dan batuk rasanya..Kat kindergarten anak saya,ramai sangat yang demam. Jadinya, Iffah pun berjangkit la sekali. Bila balik rumah, gi pulak cium baby Irfan. Dan sekarang, Irfan yang comel nie dah kene demam,selsema dan batuk,sekaligus 3. Bila baby batuk, mestilah mamanya risau. Kalau kakak iffah bolehla makan ubat batuk sebab dah besar, nie baby mana boleh. Kesiannyala tgk Irfan batuk,sampai merah- merah muka. So, apa lagi...mamanya pun Google apa cara nak hilangkan batuk.. Jumpa kaedah yang paling senang,iaitu guna bawang putih.

Macam nie cara nak buatnya. Ambil 3 ulas bawang putih,bakar bersama dengan kulitnya. Kemudian, hancurkan bawang putih tadi dengan sedikit minyak masak. Bolehla disapu di dada dan di tapak kaki baby. Alhamdulilah setelah cuba petua nie, batuk Irfan memang berkurangan. Kahak akan keluar melalui muntah..Sangat-sangat berkesan sebab tu saya kongsikan petua nie di sini. Harap kawan- kawan dapat cuba..


                                Bawang putih yang telah dibakar dengan kulit-kulitnya sekali



Bawang putih yang dihancurkan bersama sedikit minyak masak


Kidszania

Kidszania merupakan destinasi seterusnya untuk cuti-cuti Malaysia 2013. Ikutkan dah lama nampak kidszania nie sebab sebelah IKEA je. Pastu iklan kat tv menjadi-jadi pasal kidszania nie..Anak-anak yang tengok memang merengekla nak gi..Tempat nie memang bagus untuk budak-budak explore..Jadi diorang boleh tau apa minat dan cita-cita bila dah besar nanti.

Tiket masuk ke kidszania nie mengikut umur. Masa kami pergi tiket rm60 untuk umur 4-17 tahun..kene tunjuk MyKad la ye...kalau tak harganya rm75. Untuk orang dewasa (umur 18-59) rm35.
Tiket kanak-kanak lagi mahal sebab diorang yang banyak lakukan aktiviti kat sini,kita orang dewasa nie tengok ajelah dari jauh..

Apa ye nak tulis...senang cite, kawan-kawan pergi la bawak anak-anak kat sini..Berbaloi..Rasanya kalau saya tunjuk gambar, esti kawan-kawan teruja sikit dan tau apa yang ada kat sini sebenarnya..Biar gambar berbicara..

Perkara pertama yang dilakukan, dapatkan duit daripada kaunter CIMB untuk urusniaga di dalam kidszania

                                 Mencuba profesion sebagai jurugambar. Kamera betul tu ye...

Jadi doktor gigi pulak. Jangan terlebih usik gigi pesakit, terkejut dia..

Di kilang penghasilan air vitagen, dah siap dapat sorang sebotol

Ada bakat mewarna tak? Abis baju dah comot..

Di kilang pemprosesan air mineral Seamaster..

Pakar ortopedik dan pakar pediatrik bersedia untuk bertugas

Buat vitamin, dapat sebotol sorang..Pharmaniaga

Masa nie nak jadi cashier,dah cukup orang so jadi pembeli saje












Isnin, 10 Mac 2014

Cuti-cuti ke Hello Kitty Town, Puteri Harbour Family Theme Park

Ini cerita bulan Disember 2013. Kami sekeluarga macam biasala, dah sampai hujung tahun mesti nak berjalan.. Bawa anak-anak menghabiskan masa cuti mereka. Jadi kali ini, kami buat keputusan nak gi ke Hello Kitty yang terletak di Nusajaya, Johor Bahru..

Kita cerita pasal harga tiket dulu ye. Untuk masuk ke Sanrio Hello Kitty Town, harga tiket ialah RM55 seorang (sama je harga untuk dewasa dan kanak-kanak). Untuk masuk ke The Little Big Club pun harga tiketnya RM55. Ikutkan memang mahal untuk kami sekeluarga masuk ke Theme park nie. Tapi macam org tua-tua cakap, alang-alang dah sampai, masuk je semua tempat..Lain kali tak yah gi lagi.. Jadinya kami beli 2 park pass yang berharga RM85 per person. (korang kira sendiri la ye kalau untuk 4 org dah berapa, nangis kejap masa tu)

Kat Hello Kitty Town nie, ada banyak permainan untuk kanak-kanak sebenarnya. Tapi untuk orang dewasa yang sukakan Hello Kitty pun bolehla datang sini. Bagi ibu bapa, inila masanya nak lakukan aktiviti bersama anak-anak. Contohnya di Wishful Studio, ada 4 bilik yang kami masuk untuk lakukan aktiviti.
1. Bilik Jewelry Making- kat bilik nie,dapat rantai dan loket gambar Hello Kitty sorang satu
2. Bilik Costume dress up- kami x masuk sebab masa tu ramai sangat beratur nak masuk bilik nie.
3. Nail salon- kami main color-color dan hias kuku (bdk pompuan memang suka)
4. Cookie Studio- bilik untuk main color-color biskut gambar Hello Kitty guna jem strawberi dan coklat. Dah siap bolehla makan biskut tu..sedap jugak.
Ada juga playground kat floor nie dan tea cup rides. Selain tu, peluang bergambar sekeluarga dengan maskot Hello Kitty tu yang boleh dijadikan kenangan. Sekeping gambar tu kalau tak silap rm30 tapi berbaloi sangat sebab gambar tu cantik bila nak gantung kat dinding rumah.

Di The Little Big Club, anak-anak saya memang seronok sangat sebab dapat jumpa dengan kartun kegemaran mereka. Ada Thomas & Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu.

Kat floor nie, ada pertunjukan untuk watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak. So bolehla budak- budak nie menyanyi dan menari bersama. Enjoy! Dan yang paling best apabila anak perempuan saya, Iffah boleh belajar menari kat pentas bersama Angelina Ballerina. Siap pakai costume balet lagi..beria-ia dia menari...

Di tingkat 3 pula, ada mainan macam kat genting tu..tapi tak la merbahaya. Kami naik semua mainan. Mainla berapa kali pun..takde orang nak marah..tapi kene beratur la,ikut giliran. Saya dan suami cuma naik sekali jela, tak larat nak layan diorg nie. Jadi kami duduk minum-minum di cafe kat situ sambil memerhatikan diorg bermain dari jauh. Mee sup dan mee kari kat cafe tu sedap tau, harga cam biasala rm8 semangkuk. Iqbal dan iffah nak makan waffle aiskrim. Nasib baik tak pengsan, harganya rm10 sekeping. Di taman tema nie semua makanannya mahal- mahal, jadi makanla kenyang-kenyang
sebelum masuk ye.

Kami keluar dari theme park nie kul 6 petang (beroperasi kul 10 pg hingga 6 ptg). Masuklah awal-awal pagi sebab masa tu orang tak ramai lagi, anak2 pun boleh main sampai puas tak perlu beratur panjang. Dah nak balik tu jangan lupa singgah kedai souvenier kat aras bawah. Belila satu dua barang  buat kenang- kenangan..




Rabu, 5 Mac 2014

Bihun Singapore

Resepi nie ditulis atas permintaan kawan yang pernah makan bihun singapore masa saya buat untuk jamuan hari raya beberapa tahun lepas. Memang senang sangat-sangat..Almaklumlah saya memang cuma masak resepi yang mudah dan cepat..ada anak kecil,terkejar-kejar nak memasak.

Bahan-bahan:

- 1 bungkus bihun (rendam sehingga lembut,boleh guna air suam kalau nak cepat..kalau guna air panas macam lembik sangat, x sedap)
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- isi ayam (dipotong kecil)
- udang (saya suka guna udang putih yang kecil2 tu)
- 1 kiub ayam
- serbuk lada sulah 2 sudu besar (ada org letak serbuk lada hitam)
- lobak merah (dipotong halus memanjang)
- sawi

Cara-cara:

- Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam. Masak sebentar. Kemudian masukkan udang.
- Masukkan sedikit air. Letakkan kiub ayam dan serbuk lada sulah. Masukkan lobak dan sawi. Biarkan mendidih sebentar.
- Akhir sekali, masukkan bihun dan kacau sebati bersama semua bahan.
- Sedia untuk dimakan bersama dengan kuah kicap (potong cili api 5 biji dan campurkan sedikit  kicap)

* tak perlu letak garam sebab kiub ayam dah cukup masin..