JALAN-JALAN LANGKAWI
Dah lama tak bersiaran, sekarang dah nak masuk musim tengkujuh, maknanya dah bulan November. Masa awal bulan November tempohari, kami sekeluarga bercuti selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Ini kali ke 3 kami ke sana tetap kali nie menunaikan impian anak-anak untuk menaiki kapal terbang. Nak merasai pengalaman berada di awan biru.
Dah lama tak bersiaran, sekarang dah nak masuk musim tengkujuh, maknanya dah bulan November. Masa awal bulan November tempohari, kami sekeluarga bercuti selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Ini kali ke 3 kami ke sana tetap kali nie menunaikan impian anak-anak untuk menaiki kapal terbang. Nak merasai pengalaman berada di awan biru.
Kami berlepas dari KLIA pada pukul 1 tghari. Anak-anak memang teruja sangat (padahal mamanya pun sama jugak). Penerbangan mengambil masa dalam 45 minit kalau tak silap. Percutian kali nie memang kami nak pergi ke tempat yang kami x pernah pergi lagi sebelum ini. Hari pertama, kami shopping coklat aje. Coklat kegemaran anak2 mestilah Kinder Bueno, Harsley Kissses dan M&m. Kami beli Tolberine dan Papero untuk bagi saudara mara. Jiran- jiran pula kirim belikan Daim.
Hari ke-2 kami menuju ke Wildlife Park. Bayaran masuk untuk dewasa rm15 dan untuk kanak-kanak rm10 seorang. Kat sini haiwan seperti burung bebas terbang, jadi kite boleh pegang dan bagi makan burung-burung nie. Biar gambar berbicara ye. Anak-anak memang suka sangat, terjerit2 bila burung datang. Banyak haiwan kat sini, korang datang tau! Lagi satu nak pesan, dalam nie ada kedai jual batu permata seperti Zamrud, Nilam, apa lagi ye ( batu biru, purple, merah,hijau dan kuning. Saya tak mahir nama-nama batu ni) . Barangan permata tu di buat cincin, gelang dan rantai, memang cantik sangat. Oleh itu sediakan duit yang agak banyak bila nak datang sini, nanti sedih bila dah keluar nanti sebab tak dapat beli.
Hari ke-3 kami ke Underwater World untuk tengok hidupan laut. Ini merupakan kali ke-2 bagi kami tetapi kali pertama bagi Irfan, anak ke-3 kami. Kat sini pun saya tak nak cite banyak, sebab semuanya pasal ikan, penguin, singa laut dan macam-macamlah. Tengok gambar je la..
Petang sebelum ke airport, kami sempat ke Idaman Suri untuk beli set Tefal dan tuala mandi 8 helai (kat Idaman Suri tuala murah-murah, yang penting besar dan serap air). Kami tak beli set pinggan Corelle sebab kunjungan kami ke Langkawi sebelum nie kami dah borong pinggan mangkuk. Jenuh angkut naik feri, tak sanggup dah rasanya nak buat lagi. Tapi kalau nak beli set Tefal yang latest, korang gi kat kedai namanya RAMS tau( kedai nie berdekatan dengan bangunan kedai Haji Ismail Group yang baru...banyak pilihan dan harga lagi murah dari Idaman Suri).
Setakat ini je la cite percutian kami. Sampai jumpa lagi untuk next percutian.