Untuk pergi ke Cherating Turtle Sanctuary, senang sangat. Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur mesti pernah pergi ke Cherating untuk berpicnic dengan keluargakan? So tempat nie bersebelahan je dengan Club Med Cherating.
Masuk ke Turtle Sanctuary adalah percuma. Tapi kat kaunter masuk tu ada tabung bagi sesiapa yang nak menyumbang untuk pemeliharaan/ pembangunan tempat tersebut.
Waktu operasi pula adalah seperti di bawah:
Selasa- Ahad (9 pagi-1 tghari)
(2 ptg-5.30 ptg)
Isnin- tutup
Bagi yang ada anak-anak kecil atau yang bersekolah rendah, Cherating Turtle Sanctuary adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Banyak benda baru dan info-info yang akan mereka perolehi sepanjang berada disini. Barula mereka dapat membezakan antara kura-kura dan penyu, tak gitu?
Meh tengok beberapa keping gambar semasa kunjungan kami ke sini. Best tau! Cuti sekolah bulan September nanti, bolehlah rancang percutian keluarga anda ke Pahang..